Tag: Baharudin Taib

  • Persidangan Agung UMNO 2022 – YB Bahar

    Persidangan Agung UMNO 2022 – YB Bahar

    Alhamdulillah syukur kita semua ke hadrat Allah swt, dipertemukan lagi di dalam Persidangan Agung UMNO 2022 yang diadakan di PWTC.

    Saya dengan rendah hati mengucapkan selamat bersidang kepada semua Perwakilan UMNO dari seluruh negara.

    Semoga kita terus istiqamah di dalam perjuangan dan terus memberikan khidmat yang terbaik kepada seluruh rakyat Malaysia yang teramat kita cintai ini.

    YB HAJI BAHARUDIN BIN MOHAMED TAIB
    Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang

  • Baharudin Taib ke PDM Kg Plentong Baru dan PDM Senibong

    Baharudin Taib ke PDM Kg Plentong Baru dan PDM Senibong

    Pada malam ini, ADUN Permas, YB Haji Baharudin Bin Mohamad Taib yang juga selaku sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang membuat perjumpaan dengan pemimpin umno PDM Kampung Plentong Baru dan PDM Senibong di cawangan Kampung Plentong Baru.

    Perjumpaan ini bertujuan untuk memberi galakan kepada ahli-ahli umno dalam bahagian Pasir Gudang terus memberi khidmat yang terbaik kepada rakyat dan meneruskan perjuangan bersama UMNO.

    Kerajaan perpaduan yang terbentuk perlu dijaga dengan baik agar terus stabil. Hanya kestabilan dapat membangunkan ekonomi negara demi kepentingan rakyat.

  • Pertemuan Bersama Kepimpinan MIC Pasir Gudang

    Pertemuan Bersama Kepimpinan MIC Pasir Gudang

    Mengadakan pertemuan dengan kepimpinan MIC Pasir Gudang. Turut hadir YB Baharudin Mohamed Taib, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang merangkap ADUN Permas, Ketua MIC Bahagian, Vijayan Rajoo, Timbalan Ketua MIC Bahagian, Krishnan Muniandy, Ketua-Ketua cawangan, Ketua-Ketua sayap dan jentera cawangan MIC.

    Saya hargai usaha jentera BN termasuklah MIC untuk memenangkan calon BN Parlimen Pasir Gudang pada PRU-15. Walaupun keputusan tidak menyebelahi kita, namun banyak perkara yang kita pelajari daripada keputusan tersebut.

    Saya juga menerangkan sebab dan peristiwa hingga terbentuknya Kerajaan Perpaduan yang memperakui kedudukan UMNO-BN, dipimpin oleh YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri.

    Saya tekankan bahawa kita perlu merencana strategi yang lebih berkesan bagi meningkatkan jumlah sokongan masyarakat. Saya percaya walau apa jua keadaannya, kita perlu rawat dan perkukuhkan parti masing-masing. BN juga terbuka untuk meneroka kerjasama dengan mana-mana pihak yang memberi manfaat kepada kesejahteraan rakyat dan kestabilan politik negara.

    Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin
    Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang

  • Ziarah Kasih – Dato Haji Tugiran, Taman Air Biru

    Ziarah Kasih – Dato Haji Tugiran, Taman Air Biru

    Hari ini, Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Timbalan Ketua Umno Bahagian Pasir Gudang, Hj Baharudin Bin Mohamad Taib membuat ziarah kasih apabila mendapat berita bahawa Dato Haji Tugiran Bin Ab.Raman mengalami kemalangan jalanraya.

    Dato Haji Tugiran adalah “orang lama” di dalam UMNO.

    Beliau menyertai UMNO pada tahun 1977 di Parit Tengah Benut. Selepas itu menjadi ahli UMNO Bahagian Pasir Gudang dari tahun 1994 sehinggalah sekarang.

    Dato Haji Tugiran sangat dihormati kerana sifatnya yang tegas tetapi suka memberikan kata-kata nasihat samada kepada parti ataupun ahli-ahli UMNO.

    UMNO Bahagian Pasir Gudang mendoakan supaya beliau cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan oleh Allah.

    Jutaan Terima Kasih kepada Ahli Majlis Zon Air Biru, Saudara Ed Baela Edy Wrx kerana turut hadir dan mengalu-alukan kedatangan kami.

    Allahumma rabbannaasi, adzhibil ba’sa isyfi antas syaafi. Laa syafiya illa anta syifaa an la yughaadiru saqaman.

    Aamiin Aamiin Ya Rabbal ‘Aalamiin.

  • Program ukhuwahfillah Puteri JDT

    Program ukhuwahfillah Puteri JDT

    20 Mac 2021/06 Syaaban 1442H, Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Pasir Gudang menyampaikan bantuan keperluan bayi & kanak-kanak dan juga barangan keperluan asas kepada ibu muda dan ibu tunggal yang kurang berkemampuan dan memerlukan.

    Majlis disempurnakan oleh Tuan Haji Baharudin bin Mohamed Taib, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang. Turut hadir Naib Ketua Pemuda UMNO Pasir Gudang, saudara Mohd Azlan bin Sulong.

    Sekalung ucapan terima kasih kepada Ybhg Datuk Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang merangkap Naib Presiden UMNO Malaysia di atas keprihatinan dan sumbangan yang diberikan. Juga turut menyumbang Saudara Mohd Khairul Fitri Abdul Rahman dan Pergerakan Pemuda UMNO Pasir Gudang.

    Program ukhuwahfillah Puteri JDT ini dilaksanakan serentak seluruh negeri Johor hari ini bagi membantu meringankan sedikit beban keluarga yang terkesan dengan keadaan ekonomi sekarang.

    Menyokong gerakan UMNO bahagian Pasir Gudang dalam membuat pendaftaran vaksin, Puteri UMNO Pasir gudang juga membuka kaunter pendaftaran vaksin dikalangan ibu-ibu muda ini sebagai pemudahcara.

    Puteri UMNO akan terus prihatin dan kongsi kepada masyarakat.

  • ZAKAT, BACK TO SCHOOL DAN SUMBANGAN KEBAKARAN

    ZAKAT, BACK TO SCHOOL DAN SUMBANGAN KEBAKARAN

    29 Disember 2020 – Tuan Haji Baharudin bin Mohamed Taib, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang mewakili Datuk Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang ke 3 Program berasingan. Program pertama yang diadakan di Balai UMNO Cawangan Rosmerah adalah sumbagan zakat dari Pharmaniaga kepada 13 orang penerima asnaf di kawasan Rumah Pangsa Rosmerah.

    Seterusnya beliau menghadiri Program Back To School anjuran (NGO) Kelopak Merah yang diadakan di Dewan BZ Steambot Taman Rinting.

    Terakhir adalah ziarah ke Blok 55 Taman Cendana, Keluarga terbabit yang ditimpa kemalangan apabila kebakaran dipercayai berpunca dari litar pintas itu memusnahkan bahagian dapur rumahnya. Sumbangan berbentuk wang tunai daripada Yayasan Pasir Gudang disampaikan kepada keluarga mangsa dengan harapan dapat meringankan bebanan yang ditanggung.

    sumbangan zakat PharmaNiaga
    sumbangan zakat PharmaNiaga
    sumbangan zakat PharmaNiaga
    sumbangan zakat PharmaNiaga
    Back To School NGO Kelopak Merah
    Back To School NGO Kelopak Merah
    Back To School NGO Kelopak Merah
    Kebakaran Rumah di Taman Cendana
    Kebakaran Rumah di Taman Cendana
    Kebakaran Rumah di Taman Cendana
    Kebakaran Rumah di Taman Cendana
  • BACK TO SCHOOL TAMAN CENDANA

    BACK TO SCHOOL TAMAN CENDANA

    Sumbangan beg sekolah (Back To School) oleh pihak NGO, Johor Kidness, yang disampaikan oleh Tuan Haji Baharudin Mohamed Taib, Ketua Whip Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) merangkap Timbalan Ketua UMNO Bahagian di Perkarangan Blok 43 Taman Cendana.

    Majlis ini melibatkan 50 pelajar sekitar Taman Cendana bertujuan membantu meringankan bebanan keluarga selain meraikan anak-anak bagi menghadapi sesi persekolahan tahun 2021.

    Turut hadir sama Ketua UMNO Cawangan Taman Cendana 4, Encik Samsul Bahrin bin Ibrahim.

  • BEKALAN FASA KEDUA AKAN MULA DIEDARKAN


    Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang merangkap Naib Presiden UMNO meninjau barangan keperluan barangan dapur untuk Fasa 2 yang bakal diedarkan kepada keluarga dan golongan yang memerlukan dalam kawasan Pasir Gudang.

    Beberapa barangan asas lain dijangka akan sampai dalam beberapa hari lagi untuk melengkapkan keperluan bagi isi rumah.

    Dalam apa jua keadaan sekalipun, UMNO secara semampunya akan terus membantu dan bersama rakyat Pasir Gudang.

    Turut bersama Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang, Tuan Hj Baharudin bin Mohd Taib dan Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Bahagian Pasir Gudang Tuan Hj Abd Latif.

  • 2 Buah kereta di pecah, ketika taklimat PDM jam 9malam tadi

    2 Buah kereta di pecah, ketika taklimat PDM jam 9malam tadi

    9 Disember 2014. Tepat jam 10.15malam penduduk diminta berwaspada apabila seluruh peserta taklimat telah dikejutkan dengan keadaan dimana dua buah kereta iaitu Proton Exora milik salah seorang jawatankuasa UMNO bahagian Pasir Gudang, Encik Roslan dan sebuag kereta lagi berjenama Proton Saga BLM milik Ahli Parlimen Belia Malaysia Johor telah dipecahkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Sepanjang siasatan polis di tempat kejadian, didapati kerugian yang dialami oleh kedua buah kereta tersebut adalah, sebuah kemera berjenama dan sebuah komputer riba serta beberapa dokumen penting.

    Pengerusi PDM Taman Molek Tuan Haji Baharudin menyatakan kekhuatiran beliau mengenai insiden yang kerap berlaku dikawasan tersebut, beliau berharap bahawa pihak berkuasa akan meningkatkan rondaan keatas kawasan – kawasan yang didapati menjadi tumpuan penyamun ini. -Taman Molek, Johor