Tag: Baharudin Taib

  • Mangsa Ribut Lega Bantuan Ringankan Beban oleh YB Baharudin Taib

    Mangsa Ribut Lega Bantuan Ringankan Beban oleh YB Baharudin Taib

    Sebanyak 83 keluarga yang terjejas dalam kejadian ribut lalu terima bantuan bencana pagi ini.

    Antara lokasinya ialah di Rumah Pangsa Rosmerah, Kg Melayu Pandan, melibatkan Jalan Bakawali, Teratai, Seroja dan Jalan Ketapang, Taman Rinting iaitu di sekitar Pasir Gudang.

    Satu daripada kawasan tersebut berada dalam kawasan DUN Permas.

    Penduduk yang terlibat sebelum ini juga telah menerima bantuan daripada pelbagai agensi kerajaan negeri dan ada yang telah ditempatkan di penempatan baru.

    YB Bahar bertanya khabar sebelum majlis bermula.

    Setiap keluarga menerima wang tunai sebanyak RM 1,000 bantuan daripada Kerajaan Negeri Johor dan disampaikan oleh YB Baharudin Taib Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang merangkap ADUN Permas.

    Turut Hadir Tok Misbah bin Hj Karmani, Penghulu Tinggi Daerah Johor Bahru, Muhammad Hanzalah bin Amiruldin, Penghulu Mukim Plentong, En Nurul Faiz Bin Aman, Angkatan Pertahanan Awam dan Tok Ibrahim bin Ismail, Ketua Kampung Kampung Melayu Pandan.

  • Majlis Ikrar & Penyampaian Watikah Pelantikan Ketua-Ketua Kampung Daerah Johor Bahru Penggal 2023-2024

    Majlis Ikrar & Penyampaian Watikah Pelantikan Ketua-Ketua Kampung Daerah Johor Bahru Penggal 2023-2024

    Pada pagi ini YB Haji Baharudin Bin Mohamed Taib, ADUN Permas bersama YB Tuan Haji Azizul bin Bachok, Adun Tiram menghadiri Majlis Ikrar & Penyampaian Watikah Pelantikan Ketua-Ketua Kampung Daerah Johor Bahru Penggal 2023-2024 di Dewan Hassan Abdullah, Tampoi.

    Menyaksikan 45 orang ketua kampung yang dipilih mengikut kriteria yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Johor Darul Takzim dan telah pun mengangkat sumpah serta melafaz ikrar sebagai ketua kampung baharu bagi penggal tahun 2023/2024.

    Majlis telah disempurnakan oleh Tuan Haji Mohd Fahmi bin Salam, Pentadbir Tanah Daerah Johor Bahru selaku wakil rasmi Pegawai Daerah Johor Bahru. Turut serta Kadi Daerah, As Sheikh Haji Suhaimi bin Rebu, CADO Pejabat Daerah Johor Bahru Ungku Zaffrin Ungku Zaman serta Imam Daerah Johor Bahru, Al-Fadhil Ustaz Haji Mohd Nazri bin Ali Al-Hafiz.

    Daerah Johor Bahru terdiri dari 7 mukim iaitu mukim Bandar, mukim Tebrau, mukim Pulai, mukim Plentong, mukim Sungai Tiram, mukim Tanjung Kupang dan mukim Jelutong yang meliputi 45 buah kampung induk dimana mukim Plentong adalah mukim terbesar di dalam Johor Bahru.

    Berikut adalah ketua-ketua kampung daripada UMNO Bahagian Pasir Gudang :
    1. DAUD BIN SAAD (Tok Daud), Ketua Kampung Pasir Gudang Baru
    2. ABD RAHIM BIN MOEN (Tok Rahim), Ketua Kampung Senibong
    3. MOHAMAD ALHAD BIN NGADIMON (Tok Alhad), Ketua Kampung Kuala Masai
    4. INDRAPUTRA BIN HJ IBRAHIM (Tok Ai), Ketua Kampung Baru Masai
    5. IBRAHIM BIN ISMAIL (Tok Yem), Ketua Kampung Melayu Pandan
    6. ROSLAN BIN HASSAN (Tok Lan), Ketua Kampung Maju Jaya

  • Pengaktifan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah Johor Bahru

    Pengaktifan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah Johor Bahru

    Sejak semalaman, hujan yang turun tidak berhenti-henti di beberapa buah daerah Johor, PKOB Daerah Johor Bahru telah DIAKTIFKAN sebagaimana berikut:-

    Tarikh 25 Januari 2023, Rabu ( Bermula 6.00 Petang)
    Masa Operasi8.00 Pagi – 10.00 Malam
    Tempat Bilik Taklimat, Pejabat Daerah Johor Bahru
    b.p Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Johor Bahru

    Sehubungan itu, ADUN Permas, YB Baharudin Bin Mohamed Taib yang juga sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang berharap, penduduk di dalam daerah Johor Bahru khususnya penduduk di bawah jagaan beliau iaitu DUN Permas termasuk Pasir Gudang patuh dengan arahan dan panduan yang dikeluarkan pihak berkuasa, terutama membabitkan arahan untuk membuat persediaan awal atau diberi arahan untuk berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang disediakan.

    “Saya juga minta seluruh rakyat Johor supaya melakukan solat hajat dan berdoa kepada Allah SWT supaya negeri kita tidak dilanda dengan banjir besar,” katanya.

    Senarai Mukim-mukim yang terletak di dalam Daerah Johor Bahru

    Nama MukimNama PenghuluNo Tel
    1. Mukim BandarEn. Hairul Bin Hamid (Tanggung Kerja)013-7421216
    2. Mukim TebrauEn. Hairul Bin Hamid013-7421216
    3. Mukim PulaiHaji Zainuddin Bin Zainal Abidin019-7607175
    4. Mukim JelutongEn. Mohamad Muhaimin Bin Hussin017-7912843
    5. Mukim Tanjung KupangEn. Mohamad Faiz Bin Mohd Pandi013-7131718
    6. Mukim PlentongEn. Mohd Nurulfaiz Bin Aman012-7697939
    7. Mukim Sungai TiramEn. Mohd Afiff Bin Mohd Adzhar019-7266960
    Senarai Mukim dan Penghulu yang terletak di dalam Daerah Johor Bahru
  • Kunjungan Kasih YPG Sempena Tahun Baru Cina

    Kunjungan Kasih YPG Sempena Tahun Baru Cina

    Perpaduan Bersama, Pasir Gudang Bahagia

    Pengerusi Yayasan Pasir Gudang yang juga selaku ADUN Permas, YB Hj Baharudin Bin Mohamed Taib atau lebih dikenali dengan Hj Bahar telah mengunjungi dua keluarga yang berbangsa Tiong Hua yang bertempat di sekitar kawasan perumahan Taman Rinting.

    Rumah pertama yang dikunjungi adalah rumah Puan Lim Mok Yee di Rumah Pangsa Balau, Blok H, Taman Rinting. Beliau adalah seorang ibu tunggal yang tinggal bersendirian kerana kesemua anak-anak beliau sudah berhijrah dan bersama keluarga masing-masing.

    Rumah kedua pula yang Hj Bahar kunjungi adalah rumah Encik Yow Low di Jalan Cendana 6, Taman Rinting. Beliau merupakan bapa tunggal yang tinggal bersama 4 orang anak dan seorang cucu OKU. Beiau berasa tersangat sebak kerana disambut mesra oleh kedua-dua buah keluarga penerima ini.

    Dengan wajah seribu pengharapan terukir di wajah mereka, kelihatan raut wajah muka Hj Bahar hampir tidak dapat menahan perasaan apabila melihat mereka gembira apabila menerima sumbangan tadi. Saya sentiasa meraikan kepelbagaian bangsa dan menitikberatkan kesejahteraan rakyat Pasir Gudang kita. Sikap berkasih sayang dan bantu membantu, adalah sikap yang wajib ada didalam kamus hidup kita semua.

    Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Encik Yong Kok Leong, Encik Guru Naidu A/L Subramaniam, Puan Shahirah Ismail yang kesemuanya adalah selaku Ahli Lembaga Pemegang Amanah (ALPA) YPG serta Puan Rohani Bte Ahmad (AJK Wanita UMNO Cawangan Taman Rinting) kerana sudi bersama saya pagi ini.

    Semoga dengan kunjungan ini, akan mengeratkan lagi hubungan kita semua demi “Perpaduan Bersama, Pasir Gudang Bahagia”

    Kepada Allah Berserah.

  • Sambutan Hari OKU Peringkat PKPDK Permas Jaya 2022

    Sambutan Hari OKU Peringkat PKPDK Permas Jaya 2022

    YB Hj Baharudin Bin Mohamed Taib yang juga sebagai Timbalan UMNO Bahagian Pasir Gudang telah merasmikan majlis yang sangat bermakna iaitu sambutan ‘Hari OKU Peringkat PKPDK‘ Permas Jaya yang di adakan di Jade Hall, Kota Masai.

    Selain meraikan insan-insan istimewa ini, majlis ini juga bertujuan bagi menggalakkan hak, kesejahteraan, pemerkasaan dan kesaksamaan Orang Kurang Upaya (OKU) ini didalam aspek pembangunan diri dan sosial.

    Orang Kurang Upaya (OKU) bukanlah insan yang lemah walaupun mereka mempunyai ketidakupayaan fizikal atau mental. Akan tetapi, kekuatan mereka didalam menjalani kehidupan seharian yang penuh cabaran ini sering menjadi inspirasi kepada saya dan juga golongan bukan OKU.

    Namun begitu, mereka masih memerlukan kemudahan dan bantuan bagi memudahkan mereka menjalani rutin harian dengan aman sejahtera dan selamat. Oleh kerana itulah Pertubuhan Kebajikan Pemulihan Dalam Komuniti (PKPDK) memainkan peranan yang teramat penting didalam menjaga kesejahteraan OKU ini.

    Diantara peranannya adalah menjalankan aktiviti pemulihan, pembelajaran dan kegiatan lain yang mengikut kurikulum yang ditetapkan seperti mengurus dan mengemaskini rekod, serta mengadakan lawatan ke rumah keluarga OKU (seminggu sekali) turut dijalankan oleh PKPDK.

    Sambutan Hari OKU Peringkat PKPDK Permas Jaya 2022 Oleh YB Baharudin Bin Mohamed Taib

    ADUN Permas iaitu YB Hj Baharudin Taib juga mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Tuan Adnan Bin Md. Yassin dari Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Johor Bahru (PKMDJB) dan Puan Zuraidah Bte Idris selaku Pengerusi PDK Permas, kerana sudi bersama merasmi dan memeriahkan majlis yang diberkati Allah swt ini. Selain itu ucapan jutaan terima kasih kepada pelatih, ibu bapa pelatih dan kesemua ahli jawatankuasa yang turut serta bagi menjayakan program ini.

    Andalah Wira Kami.

    #OKUDihatiku
    #YBbersamarakyat
    #keranamupasirgudang

  • Perkahwinan Anak Bongsu Hj Hashim Marsidi

    Perkahwinan Anak Bongsu Hj Hashim Marsidi

    Malam ini, Ketua Umno Bahagian Pasir Gudang, Datuk Seri Mohamed Khaled Bin Nordin, menghadiri majlis perkahwinan anak bongsu kepada Tn Hi Hashim Marsidi, yang merupakan Naib Ketua Umno Cawangan Taman Mawar yang juga sebagai Pengerusi KRT Taman Mawar di Dewan Puncak Kasih, Pasir Gudang.

    Selain memenuhi undangan keraian ini, a peluang dapat bertemu dan bertanya khabar dengan tetamu yang hadir pada malam ini.

    Ketua Umno Bahagian Pasir Gudang juga turut mendoakan Fatimah Az Zahra dan pasangannya Muhammad Nor Hafizi kekal bahagia hingga jannah.

    Turut hadir bersama, YB Hj Baharudin Bin Mohamed Taib, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang ke majlis perkahwinan tersebut.

  • Selamat Tahun Baru Cina 2023 – YB Baharudin Taib

    Selamat Tahun Baru Cina 2023 – YB Baharudin Taib

    Saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua rakan-rakan dan kesemua rakyat yang berbangsa Tiong Hua khususnya Pasir Gudang!

    Marilah kita menyambut tahun baru ini dengan janji baharu untuk berkerjasama demi kejayaan, kesejahteraan dan kemakmuran demi masa hadapan yang cerah untuk negara.

    Di dalam Pasir Gudang kita, terdiri dari pelbagai kaum yang mengamalkan agama, bahasa dan budaya yang berlainan.

    Oleh itu semangat perpaduan dan kerjasama wajiblah diamalkan supaya membolehkan kita hidup dalam suasana aman sejahtera.

    Ikhlas daripada,
    YB Hj Baharudin Bin Mohamed Taib
    Adun Permas
    Timbalan Ketua Umno Bahagian Pasir Gudang

  • Perasmian Sambungan Jalan Plentong Baru 3, Kg Plentong Baru

    Perasmian Sambungan Jalan Plentong Baru 3, Kg Plentong Baru

    Serta Perancangan Perlaksanaan Agrotourism.

    Pada pagi ini ADUN Permas, YB Hj Baharudin Bin Mohamad Taib telah dijemput untuk merasmikan majlis pembukaan Jalan Plentong Baru 3 yang bertempat di Kampung Plentong Baru. Turut hadir bersama Ketua Kampung Senibong, Abd Rahim Bin Moen yang juga dikenali sebagai Tok Rahim yang juga bertanggungjawab menjaga salah sebuah kawasan beliau.

    Laluan ini dibuat diatas tanah persendirian yang di miliki oleh syarikat Mdm.Ching’s Sunrise Resort Sdn.Bhd. demi membantu mempermudahkan laluan harian penduduk Kg.Plentong Baru serta ibu, bapa dan pelajar di SJK (C) Peng Hwa 2. Dengan adanya jalan baharu ini, selain masalah banjir dapat diselesaikan ianya juga akan dapat mengurangkan kesesakan di waktu puncak iaitu ketika pelajar-pelajar tamat sesi persekolahan. Bas sekolah, kenderaan ibu bapa kepada pelajar dan juga penduduk kampung, tidak lagi terpaksa menempuh jalan yang sesak dan sempit setiap hari yang kadangkala memakan masa yang tersangat lama.

    Selain itu, perancangan untuk melaksanakan agrotourism di tanah pemilik ini juga sedang giat diperhalusi dan dirancang.

    “(Agrotourism atau juga dikenali sebagai Agropelancongan” adalah satu konsep pelancongan berkaitan dengan sektor pertanian dan perladangan)”

    Manfaat dari perlaksanaan ini adalah ianya boleh mencipta peluang pekerjaan yang banyak serta menceburi bidang perniagaan kepada penduduk di kampung ini. Di samping itu, ianya juga boleh mewujudkan sektor perlancongan contohnya seperti Cameron Highlands supaya penduduk tempatan dapat meningkatkan taraf hidup serta ekonomi mereka.

    Timbalan Ketua Bahagian Pasir Gudang itu juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada syarikat Mdm.Ching’s Sunrise Resort di atas jalan baharu ini dan juga jutaan terima kasih kepada seluruh penduduk Kampung Plentong Baru kerana sudi menjemputnya merasmikan majlis pagi ini.

    Kepada Allah Berserah.

  • Adun Permas Ke Kolej Komuniti Pasir Gudang

    Adun Permas Ke Kolej Komuniti Pasir Gudang

    Kolaborasi Masa Hadapan Demi Melahirkan Usahawan Muda dan Berjaya.

    Hari ini ADUN Permas, YB Baharudin Bin Mohamed Taib yang juga selaku Pengerusi Yayasan Pasir Gudang ke Kolej Komuniti Pasir Gudang (KKPG) telah disambut dengan mesra oleh Encik Tahir Bin Leemat (Pengarah KKPG), pensyarah-pensyarah serta pelajar-pelajar pada 16hb Januari 2023 lepas.

    Kunjungan dan lawatan ini adalah bertujuan untuk memperbicangkan dan memeterai kolaborasi masa hadapan diantara Yayasan Pasir Gudang (YPG) dan KKPG.

    Kolaborasi ini tersangat penting, kerana ianya boleh membantu pelajar-pelajar yang telah menghabiskan pengajian di sini, menceburkan diri ke dalam dunia perniagaan dan akhirnya melahirkan usahawan muda dan berjaya demi meningkatkan ekonomi keluarga mereka.

    Di samping itu, kolaborasi ini juga bertujuan memfokuskan kebolehpasaran kepada pelajar-pelajar yang telah menghabiskan pengajian dengan cemerlang, untuk bersaing di dalam pasaran yang lebih tinggi dan kompetitif.

    Timbalan Ketua Umno Bahagian Pasir Gudang itu juga mendoakan kolaborasi ini berterusan untuk tempoh masa yang amat panjang, supaya dapat melahirkan pelajar-pelajar berkemahiran tinggi demi mencurahkan khidmat bakti di dalam negara kita khususnya Pasir Gudang.

  • Bantuan Kemasukan Institut Pengajian Tinggi Awam Dan Swasta

    Bantuan Kemasukan Institut Pengajian Tinggi Awam Dan Swasta

    Majlis Penyerahan Bantuan Kemasukan IPTA Awam & Swasta serta Booster Super Mumtaz #40

    Yayasan Pasir Gudang, Januari 2023.
    Pengerusi Yayasan Pasir Gudang untuk penggal baharu iaitu, YB Baharudin Bin Mohamed Taib telah hadir untuk menyempurnakan dua majlis yang diadakan serentak iaitu majlis Penyerahan Bantuan Kemasukan IPTA Awam dan Swasta, serta Booster Super Mumtaz #40.

    Bagi sesi penyerahan Bantuan Kemasukan Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta, seramai 38 orang penerima terpilih telah berjaya diterima permohonan bagi fasa 4 tahun 2022 yang lalu.

    Majlis Penyerahan Bantuan Kemasukan IPTA Awam & Swasta serta Booster Super Mumtaz #40
    Majlis Penyerahan Bantuan Kemasukan IPTA Awam & Swasta serta Booster Super Mumtaz #40

    Manakala bagi program Booster Super Mumtaz #40 YPG, seramai 16 orang pelajar SPM yang terpilih telah dijemput hadir bagi meraikan kejayaan dan kecemerlangan yang telah mereka perolehi dalam Peperiksaan Percubaan SPM bagi tahun 2023 baru-baru ini, dengan memperoleh keputusan peperiksaan sekurang-kurangnya 6A dan ke atas.

    YB Baharudin Bin Mohamed Taib yang juga selaku ADUN Permas, zahirkan melainkan perasaan teramat-amat bangga dengan pencapaian pelajar-pelajar ini semua.

    “Semoga dengan adanya program seperti ini, dapatlah menyuntik semangat membara untuk mereka terus mengejar kecermelangan didalam pelajaran dan menjamin masa hadapan yang gemilang.”

    YB Baharudin Bin Mohamed Taib yang juga selaku Timbalan UMNO Bahagian Pasir GUdang juga berharap, semoga program ini dapat membantu meringankan beban ibu bapa didalam tanggungan pendidikan anak-anak mereka, disamping dapat melahirkan pelajar-pelajar cemerlang peringkat tertinggi yang suatu hari nanti boleh membanggakan Pasir Gudang yang teramat kita sayangi ini, InshaaAllah.

    #IlmuPelitaHidup
    #YBbersamarakyat
    #keranamupasirgudang