Tag: PRKPulai

  • Bangsa Johor Sepakat, Pelihara Dan Melindungi Negeri Ini Dari Anasir Luar – Noor Azleen

    Bangsa Johor Sepakat, Pelihara Dan Melindungi Negeri Ini Dari Anasir Luar – Noor Azleen

    BAKRI, 6 Sept – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor, Noor Azleen Ambros menegaskan bahawa rakyat negeri terbabit bersepakat untuk terus pelihara dan melindungi negeri Johor ini daripada unsur-unsur luar yang mahu memecah belahkan perpaduan sebagai sebuah ‘Bangsa Johor’.

    Ini kerana katanya, apa juga warna gelombang bukan nilai sebenar dan sangat bertentangan dengan jati diri sebagai sebuah Bangsa Johor.

    “Kita sepakat untuk terus kekalkan nilai-nilai sebagai sebuah ‘Bangsa Johor’ yang muafakat serta bersatu padu. Bagi yang punya pegangan kuat berasaskan prinsip Islam sebenar hasil didikan dan tarbiah sistem Sekolah Agama Johor dan bukannya hasil didikan atau doktorin tadika aliran Islam milik mana-mana parti.

    “Kita sepakat untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram ini terus diwakili oleh wakil Kerajaan Perpaduan bagi memastikan agenda ‘Maju Johor’ di bawah kepimpinan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi terus diperkukuh dan dapat sama-sama direalisasikan.

    “Johor ini bangsanya waras dan rasional untuk memilih pencapaian, prestasi, berbanding terbelenggu dengan sentimen dan persepsi, “ katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

    Seterusnya kata Azleen, perkumpulan jentera sayap-sayap yang melibatkan jentera UMNO/Barisan Nasional (BN) pada Isnin adalah untuk menzahirkan sokongan yang jitu pada calon DUN Simpang Jeram, Nazri Abd Rahman.

    “Perkumpulan itu adalah sebahagian usaha untuk menzahirkan muafakat bagi memenangkan calon Kerajaan Perpaduan yang telah sama-sama disepakati. Jentera UMNO/BN dari Parlimen Bakri dan utara Johor berkumpul bagi memberi sokongan kepada calon DUN Simpang Jeram.

    “Paling penting gerak kerja mendekati, memujuk, meraih sokongan dan menyakinkan pengundi oleh jentera UMNO di semua 11 PDM dalam DUN Simpang Jeram akan diteruskan hingga hari mengundi. Itu adalah janji dan komitmen kami,” jelas beliau lagi.

    Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengumumkan 9 September ditetapkan sebagai tarikh Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram dan pengundian awal 5 September 2023 (hari ini).

    PRK bagi dua kerusi itu diadakan bagi mengisi kekosongan berikutan kematian penyandangnya, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lalu. – UMNO Online

  • Terjemahkan Sokongan Dengan Kemenangan Calon Kerajaan Perpaduan

    Terjemahkan Sokongan Dengan Kemenangan Calon Kerajaan Perpaduan

    JOHOR BAHRU, 26 Ogos – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berharap seluruh jentera parti dapat menterjemahkan sokongan  dengan kemenangan calon kerajaan perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai nanti.

    Menurut beliau  sokongan yang ditunjukkan bukan hanya sekadar dizahirkan dengan kata-kata malah calon yang diketengahkan oleh rakan di dalam kerajaan perpaduan perlu menempa kejayaan kelak.

    “Tidak hanya sekadar zahir dengan bercakap berkobar kobar tanpa melakulan kerja kuat untuk kita jayakan kemenangan calon yang diletakkan oleh kerajaan perpaduan.

    “Ini bermakna kita mesti bekerja kuat…kalau benar kita setuju untuk pertahankan perpaduan itu bermakna kita perlu bekerja lebih lebih lagi dengan adanya PRK Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) simpang Jeram,” katanya.

    Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Bersama Jentera BN di Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat, di sini, malam tadi.

    Turut bersama Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan pimpinan BN yang lain.

    Khaled seterusnya menambah kemenangan tidak akan datang dengan mudah dan memerlukan usaha yang bersepadu.

    “Saya percaya BN Pulai akan mampu menyumbang dengan membantu kemenangan calon kerajaan perpaduan nanti,”ujarnya.

    Sementara itu, Pengerusi BN Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed turut menyatakan komitmennya bersama jentera parti yang lain untuk membantu kemenangan calon kerajaan perpaduan nanti.

    “Kita anggap kerjasama dengan PH hari ini merupakan satu takdir kerana saya tidak pernah terbayang bahawa kerjasama ini akan berlaku.

    “Takdir Allah swt…musuh politik sebelum ini boleh sepentas pada malam ini..saya katakan ini kerana saya adalah calon pada PRU lepas kena ‘hentam’..tetapi hari ini saya ingin menyatakan saya mahu bekerja untuk memastikan calon rakan kita menang, insya-Allah,” tambahnya.- UMNO Online