Tag: Pendidikan

  • Pendidikan Rukun Negara Harus Diamalkan, Bukan Hiasan Semata-Mata – Halimah Sadique

    Pendidikan Rukun Negara Harus Diamalkan, Bukan Hiasan Semata-Mata – Halimah Sadique

    KUALA LUMPUR, 1 Sept – Penghayatan Rukun Negara yang akan dimasukkan ke dalam sistem pendidikan bukanlah sebagai hiasan semata-mata, sebaliknya ia perlu diamalkan, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique.

    Beliau berkata sistem pendidikan Rukun Negara adalah berkait rapat dengan perpaduan dan mencerminkan tanah air yang memiliki komposisi rakyat yang unik serta majmuk.

    Kementerian yakin antara kunci kepada kejayaan perpaduan terletak kepada penghayatan dan pemahaman rakyat kepada prinsip-prinsip Rukun Negara. Sistem pendidikan Rukun Negara berkait dengan perpaduan dan perpaduan ini mencerminkan kepelbagaian.

    “Kita nak menyemarakkan perpaduan ikatan antara kaum. Jadi nilai-nilai perpaduan perlu dipupuk agar terus sebati dalam jiwa rakyat Malaysia dan tidak mensia-siakan segala pengorbanan para pejuang kemerdekaan,” katanya dalam bahagian pertama Program Rukun Negara A Nation United terbitan Bernama TV malam tadi.

    Halimah turut memaklumkan bahawa kempen bagi Sesi Maklum Balas Rakyat berhubung Pelan Tindakan Perpaduan Negara (PTPN) 2021-2025 telah dilaksanakan di setiap negeri.

    Pada 25 Ogos lalu, di Dewan Rakyat, Halimah mengatakan kementeriannya dalam proses mengadakan jerayawara bagi mendapatkan input rakyat untuk dimasukkan dalam PTPN 2021-2025.

    Beliau berkata ia bagi menghasilkan satu dasar yang merangkumi idea untuk memperkukuh perpaduan tanpa mengira batasan termasuk Sabah dan Sarawak. – BERNAMA

  • PROGRAM PECUTAN SUKSES STPM

    PROGRAM PECUTAN SUKSES STPM

    20150927_130338

    20150927_125604

    20150927_130230

    Yayasan Pasir Gudang bersama Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang menganjurkan program bersama pelajar tingkatan 6 yang bakal menduduki peperiksaan STPM tidak lama lagi. Majlis penutupan yang berlangsung di Dewan Besar Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang sebentar tadi dihadiri oleh Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Pasir Gudang En Noor Azleen Ambrose juga merupakan wakil Menteri Besar Johor Dato’ Mohamed Khaled Bin Nordin. Turut hadir Pengurus  Yayasan Pasir Gudang En Shahrul Akmal, Pn Roslina wakil dari MPPG dan Tuan Hj Jasni Pengarah Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang.