Tag: khalednordinmohe

  • UPM – Ke Arah Universiti Pertanian

    UPM – Ke Arah Universiti Pertanian

    Hari ni, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin membuat lawatan kerja ke Universiti Putra Malaysia

    (UPM). Turut hadir Dato’ Dr. Megat Sany Megat Ahmad Supian, Timb. Ketua Setiausaha KPT, Dato’ Prof. Dr. Husaini Bin Omar, Ketua Pengarah JPT, Dato Prof. Dr. Mohd Roslan Bin Sulaiman, Naib Canselor UPM serta pengurusan kanan universiti.

    Lawatan yang dimulakan dengan sesi taklimat oleh Naib Canselor berkenaan fokus, pencapaian serta perancangan UPM pada masa hadapan. Ucapan tahniah atas usaha yang telah dilakukan bagi menjayakan hasrat universiti sebagai sebuah universiti pertanian. Tidak dinafikan bahawa pertanian merupakan perkara penting yang perlu diberi perhatian bag menghadapi krisis ketidakcukupan bekalan makanan.

    UPM perlu merencana pelbagai inisiatif bagi menghasilkan solusi bagi menangani cabaran yang dihadapi negara seperti kos makanan yang tinggi, kurangnya produktiviti serta minat masyarakat untuk mempelajari bidang pertanian.

    Ketua Bahagian UMNO Pasir Gudang dalam lawatan itu juga menekankan supaya perbanyakkan program pemindahan ilmu untuk masyarakat seperti ‘social entrepreneurship’ dan ‘social innovation’. Begitu juga program agropreneur.

  • “Membangun Malaysia Madani”

    “Membangun Malaysia Madani”

    Datuk Seri Mohamed Khaled Bin Nordin hari ini menghadiri Program Amanat dan Wacana ‘Membangun Malaysia Madani‘ oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim di Pusat Konvensen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

    YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim ketika Program Wacana Membangun Negara Madani dan Amanat Perdana Menteri untuk Malaysia di Dewan Perdana, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), 19 Januari 2023. – SADIQ ASYRAF/PMO

    Turut hadir YAB Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi dan YAB Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof, Menteri-Menteri, Timbalan-Timbalan Menteri, pegawai kementerian serta pimpinan kanan perkhidmatan awam.

    ‘Membangun Malaysia Madani’ adalah untuk membangun tanah air yang lebih mampan dan makmur berteraskan daya cipta, nilai hormat, keyakinan dan ihsan, di mana keterangkuman dan kesaksamaan menjadi teras utamanya jaitu sebuah masyarakat Malaysia yang adil.

    Ketua Bahagian UMNO Pasir Gudang itu berkata beliau yakin dengan hala tuju baharu yang diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri ini mampu menjadi satu gagasan baharu yang memeta hala tuju Malaysia menuju sebuah negara bangsa yang maju dan sejahtera. Gagasan ini akan tercapai matlamatnya sekiranya mendapat sokongan dan kerjasama yang jitu daripada semua pihak.

  • Kunjung Hormat Daripada Pesuruhjaya Tinggi India, Duta Besar Jepun dan Duta Besar Republik Korea

    Kunjung Hormat Daripada Pesuruhjaya Tinggi India, Duta Besar Jepun dan Duta Besar Republik Korea

    Datuk Seri Mohamed Khaled Bin Nordin, Menteri Pengajian Tinggi yang juga selaku Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang menerima kunjungan hormat daripada TYT B Nagabhushana Reddy, Pesuruhjaya Tinggi India, TYT Takahashi Katsuhiko, Duta Besar Jepun serta TYT Yeo Seung-bae, Duta Besar Republik Korea ke Malaysia. Turut hadir Timb. Ketua Setiausaha KPT, YBhg. Dato’ Dr. Megat Sany Megat Ahmad Supian serta delegasi kedutaan besar ke Malaysia.

    Pertemuan ini bertujuan untuk membincangkan tentang Memorandum Persefahaman (MoU) yang akan ditandatangani antara kedua negara berkaitan sektor pendidikan tinggi. Malaysia mengalu-alukan kerjasama berimpak tinggi dalam bidang berkaitan IT, TVET, pertanian, tenaga bole diperbaharui, sains dan teknologi serta pusat bahasa melalui program kerjasama antara universiti.

    Selain itu, Malaysia juga berhasrat untuk mempelajari dasar pendidikan tinggi dengan negara-negara tersebut berhubung pemindahan kredit (credit tranfer), pemindahan ilmu, pemerkasaan sistem pembelajaran politeknik dan program mobiliti yang membolehkan pelajar melanjutkan pelajaran ke institusi pendidikan tinggi di sana. Negara-negara tersebut turut menyatakan hasrat untuk menubuhkan kampus cawangan di Malaysia yang menawarkan kursus -kurus berkaitan IT, kejuruteraan, sains dan teknologi.

    Sektor pendidikan tinggi memainkan peranan penting sebagai ‘soft diplomacy’ untuk memperkukuhkan hubungan kerjasama bilateral yang memberikan manfaat cukup besar kepada negara untuk jangka masa pendek dan panjang.

    Kementerian Pendidikan Tinggi India in Malaysia (High Commission of India, Kuala Lumpur)
    Embassy of Japan in Malaysia (在マレーシア日本国大使館)
    Korean Embassy in Malaysia (주말레이시아 대한민국대사관)

    #khalednordinmohe