Johor Bahru’ Menteri Besar Johor, YAB. Datuk Mohamed Khaled Nordin menjelaskan beliau akan memegang ‘ kuasa eksekutif’ dalam Lembaga Perumahan dan Hartanah yang akan ditubuhkan oleh kerajaan negeri.
Beliau juga menolak dakwaan laporan Malaysiakini yang mengatakan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar mempunyai kuasa mutlak dalam perlantikan lembaga pengarah dan pentabiran dalam lembaga berkenaan.
“Laporan itu sama sekali tidak benar kerana saya yang akan menjadi pengerusi Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor dengan ‘kuasa eksekutif’ yang diperuntukkan kepada saya,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Pelan Induk Industri Pelancongan Negeri Johor dan Explore Johor Fest 2014 di Senai, semalam.
Beliau menegaskan penubuhan Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor adalah sama seperti Johor Corporation (JCorp) yang secara automatik peranan pengerusi dipegang oleh Menteri Besar.
Menteri Besar Johor, membidas kenyataan Malaysiakini
·

Kongsi:
Berita terkini

Selamat Hari Kebangsaan Ke-69: Semangat HANRUH Tanggungjawab Bersama, Kata Khaled Nordin
Menteri Pertahanan merangkap Naib Presiden UMNO, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, mengingatkan bahawa tanggungjawab mempertahankan kemerdekaan negara bukan sahaja terletak pada Angkatan…

CIMIC Dekatkan ATM Dengan Rakyat, Kata Menteri Pertahanan
Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, menegaskan program Kerjasama Awam-Tentera (CIMIC) berperanan mendekatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan rakyat, sekali gus…

Menteri Pertahanan Rasmikan Gema Waqaf Festival Sempena 60 Tahun FELKOP di Kota Tinggi
Menteri Pertahanan merangkap Naib Presiden UMNO, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, hadir ke Majlis Pelancaran 60 Tahun Persekutuan Koperasi Pekebun-Pekebun Kecil Negeri…
