Day: April 15, 2020

  • MAKAN TENGAHARI BUAT FRONTLINER

    MAKAN TENGAHARI BUAT FRONTLINER

    15 APRIL 2020 , Rabu – Johor Volunteer (JV) menyampaikan sumbangan makanan “Chicken Chop” kepada “FRONT LINER” yang bertugas di Hospital Sultanah Aminah dan Hospital Sultan Ismail.

    Agihan itu sebagai tanda penghargaan kepada petugas yang telah banyak menyumbang tenaga, masa dan berusaha sedaya upaya demi mengekang penularan wabak Covid – 19

  • Kontrak Perkhidmatan 2,070 Pegawai Perubatan, Pergigian Dan Farmasi Disambung Enam Bulan – Dr Adham

    Kontrak Perkhidmatan 2,070 Pegawai Perubatan, Pergigian Dan Farmasi Disambung Enam Bulan – Dr Adham

    KUALA LUMPUR, 15 April – Kerajaan meluluskan penyambungan kontrak perkhidmatan 2,070 pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tempoh enam bulan.

    Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata kelulusan itu melibatkan penyambungan perkhidmatan kontrak untuk 79 pegawai perubatan Gred UD41, 852 pegawai pergigian Gred UG41 dan 1,139 pegawai farmasi Gred UF41 yang akan diuruskan dari semasa ke semasa.

    “Langkah ini juga sangat bertepatan serta selari dengan matlamat kerajaan dan KKM untuk menangani dan memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Menurut kenyataan itu, KKM amat prihatin terhadap situasi semasa dan suara hati rakyat serta tanggungjawab besar yang dipikul warga kerja kementerian itu di barisan hadapan dalam menghadapi cabaran besar wabak COVID-19.

    Kerajaan juga berharap penyambungan kontrak perkhidmatan itu dapat menyediakan peluang kepada pegawai untuk terus berkhidmat serta memastikan penyampaian kesihatan berjalan lancar dan memberi manfaat kepada rakyat, katanya.

    Beliau berkata keputusan tersebut melibatkan petugas kontrak perkhidmatan yang telah atau akan berakhir secara berperingkat pada akhir tahun 2019 dan 2020 sahaja. – BERNAMA

  • 85 KES BARU 169 SEMBUH 1 MENINGGAL DUNIA

    85 KES BARU 169 SEMBUH 1 MENINGGAL DUNIA

    Sebanyak 85 kes baru Covid-19 setakat pukul 12 tengah hari tadi, iaitu jumlah kes baru terendah  sejak 14 Mac lalu menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini sebanyak 5,072 kes.

    Seorang lagi pesakit Covid-19 meninggal dunia hari ini, menjadikan jumlah kematian menjadi 83 orang.

    Sejumlah 169 pesakit Covid-19 telah sembuh dan dibenarkan pulang ke rumah hari ini, menjadikan jumlah kes sembuh kepada 2,647 kes dan ia menjadikan kadar kes sembuh kepada 52.2 peratus, iaitu kadar sembuh melebihi separuh daripada jumlah keseluruhan kes.

    Setakat ini, seramai 56 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), kurang empat berbanding semalam.

  • NYAH CEMAR 20 MASJID DAN SURAU SETAKAT INI

    NYAH CEMAR 20 MASJID DAN SURAU SETAKAT INI

    Pada 2 April 2020, kerja-kerja nyahkuman & nyahjangkit surau dan masjid yang dianjurkan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang telah dilaksanakan.

    Setakat ini, hampir 20 masjid dan surau dalam Parlimen Pasir Gudang telah berjaya dinyahkuman dan nyahjangkit. Insyallah, kerja-kerja ini akan diteruskan lagi di beberapa buah surau dan masjid.

    Kami Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang akan terus komited menyumbang tenaga dan bakti kami demi warga Pasir Gudang. Sama-samalah kita berdoa agar wabak Covid-19 ini akan berkurangan dan pulih secepat mungkin.

    Teruskan kekal di rumah anda. Jaga kebersihan, jaga kesihatan diri dan keluarga. Kita Boleh !

  • BEKALAN FASA KEDUA AKAN MULA DIEDARKAN


    Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang merangkap Naib Presiden UMNO meninjau barangan keperluan barangan dapur untuk Fasa 2 yang bakal diedarkan kepada keluarga dan golongan yang memerlukan dalam kawasan Pasir Gudang.

    Beberapa barangan asas lain dijangka akan sampai dalam beberapa hari lagi untuk melengkapkan keperluan bagi isi rumah.

    Dalam apa jua keadaan sekalipun, UMNO secara semampunya akan terus membantu dan bersama rakyat Pasir Gudang.

    Turut bersama Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang, Tuan Hj Baharudin bin Mohd Taib dan Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Bahagian Pasir Gudang Tuan Hj Abd Latif.