Day: November 29, 2015

  • Taklimat dan Sesi Soal Jawab bersama SAJ Berkaitan Isu Catuan Air Pasir Gudang serta Majlis Penyerahan Bantuan 1 Azam Parlimen Pasir Gudang

    Taklimat dan Sesi Soal Jawab bersama SAJ Berkaitan Isu Catuan Air Pasir Gudang serta Majlis Penyerahan Bantuan 1 Azam Parlimen Pasir Gudang

    IMG-20151129-WA0012

    Pada Pada 29 November 2015, telah diadakan satu Taklimat dan Sesi Soal Jawab bersama SAJ Berkaitan Isu Catuan Air Pasir Gudang serta Majlis Penyerahan Bantuan 1 Azam Parlimen Pasir Gudang. Majlis ini telah berlangsung dari jam 10 pagi hingga 12 tengahari bertempat di pekarangan hadapan Pejabat Parlimen Pasir Gudang.

    Sebanyak 52 orang penerima bantuan 1 Azam dalam kawasan parlimen Pasir Gudang telah menerima bantuan keperluan bagi kelangsungan hidup mereka yang disempurnakan oleh YB Hajjah Normala Abd Samad, Ahli Parlimen Pasir Gudang.

    Manakala dalam sesi soal jawab bersama SAJ terdapat pelbagai respon positif untuk penambahbaikan masalah bekalan air yang menjadi isu dalam kalangan rakyat Pasir Gudang waktu ini.

    Selaras dengan moto Parlimen Pasir Gudang iaitu ‘Sejahtera Pasir Gudang’ sesi soal jawab sebegini perlu diadakan selalu bagi memberi pencerahan kepada seluruh warga Pasir Gudang.

  • KEDAI HARGA PATUT imCoop

    KEDAI HARGA PATUT imCoop

    20151128_105412

    20151128_101928

    20151128_105648

    20151128_105443

    KOTA MASAI : Koperasi Iskandar Malaysia Berhad (imCoop) telah ditubuhkan pada 14 November 2014. Diilhamkan dengan misi untuk membantu menangani kos sara hidup dan mengurangkan jurang ekonomi rakyat terutamanya di Johor . Hari ini, dengan kepelbagaian kaedah peruncitan dan rantaian bekalan yang canggih yang menyediakan pelbagai keperluan dan kepentingan Rakyat daripada semua jenis keperluan.

    Seramai 6500 ahli yang terdiri dari golongan tidak berkemampuan ditaja oleh PBT berjumlah RM 1.3 juta dan ahli koperasi bakal menikmati potongan harga sebanyak 3%. 20 cawangan kedai harga patut muafakat johor dibuka dan 150 kedai dijangka dibuka menjelang 2017.

    Ahli koperasi juga bakal menerima dividen pada setiap tahun bergantung pada kira-kira yang akan diishtihar oleh pihak IMCoop. Kerajaan Negeri Johor juga telah memberi suntikan dana sebanyak RM 2 juta ringgit.