Day: October 11, 2015

  • HARAPAN JOHOR UNTUK BAJET 2016

    HARAPAN JOHOR UNTUK BAJET 2016

    JOHOR BARU: Menjelang pengumuman Bajet 2016, Johor tidak ketinggalan dalam menggariskan harapan untuk menjadi negeri yang seimbang pembangunannya selain kebajikan rakyat dijaga.

    Menteri Besar Johor, Datuk Mohamed Khaled Nordin menyatakan harapan untuk mengutamakan peningkatan bekalan air serta kemudahan pengangkutan awam.

    Jelasnya, isu bekalan air adalah penting dan ia memerlukan pelan jangka masa panjang untuk memastikan bekalan air terus kekal stabil.

    Selain itu, usaha meningkatkan kemudahan pengangkutan awam juga perlu diberi perhatian dalam menggalakkan orang awam menggunakannya.

    Justeru, tindakan yang sewajarnya perlu diambil.

    “Pembangunan kawasan-kawasan tumpuan seperti Pengerang, Iskandar Malaysia melalui IRDA, Mersing menerusi ECR (East Coast Region) saya percaya memang ada peruntukan yang kita berikan.

    “Tetapi dua perkara pokok: air, harap-harap Kerajaan Persekutuan timbangkan dengan sewajarnya permintaan kita untuk mula mengadakan pelan jangka sama panjang untuk mengekalkan bekalan air.

    “Yang kedua adalah kita perlu meningkatkan pengangkutan awam untuk menggalakkan penggunaan. Kita perlu perkhidmatan pengangkutan awam yang efisien,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Rendah Karbon Asia di sini.

    Di persidangan tersebut, satu majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara tiga pihak dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) diadakan sempena Mesyuarat Tahunan Low Carbon Asia Network 2015 yang dihadiri 200 orang peserta antarabangsa dan tempatan.

    Di bawah MoU tersebut, UTM menjadi perintis universiti pertama di Malaysia membina loji janakuasa biogas daripada sisa makanan – hasil jalinan kerjasama dengan Ronser Bio-Tech Bhd, Gait Rungkai Sdn Bhd dan IRDA atau Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar.

    http://www.astroawani.com/berita-bisnes/peruntukan-untuk-bekalan-air-pengangkutan-awam-harapan-johor-untuk-bajet2016-67922

  • KEJOHANAN MUAYTHAI TERBUKA JOHOR SIRI KE-2

    KEJOHANAN MUAYTHAI TERBUKA JOHOR SIRI KE-2

    20151010_204912

    20151010_205309

    20151010_205304

    FB_IMG_1444531297437
    Kejohanan Muaythai Terbuka edisi ke-2 yang berlangsung di Stadium Tertutup Pasir Gudang telah di rasmikan oleh YAB Dato’ Mohamed Khaled Bin Nordin Menteri Besar Johor yang juga merupakan ADUN Permas dan Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang. Upacara gilang gemilang itu dilangsungkan bersempena dengan Hari Sukan Negara yang turut disambut seluruh Malaysia.

    Dalam kejohanan tersebut terdiri daripada pelbagai lapisan umur seawal 7 tahun. Temasya ini juga merupakan platform bagi peminat seni bela diri muaythai untuk mempamerkan bakat dan kepakaran dalam bidang tersebut.

    Hasil dari sambutan yang menggalakkan ini, penganjur akan mengadakan satu kejohanan peringkat antarabangsa seperti yang pernah dianjurkan oleh Thailand dimana penyertaan melebihi 120 buah negara dan kejohanan tersebut akan diadakan di Johor Bahru.

    “Menteri Besar kita ni memang sempoi lah” itulah jawapan yang diberi oleh salah seorang peminat aksi sukan lasak muaythai ketika YAB Menteri Besar merasmikan kejohanan tersebut.

  • INTERNATIONAL SKATE AND EKSTRIM SPORT COMPETITION

    INTERNATIONAL SKATE AND EKSTRIM SPORT COMPETITION

    20151010_165132

    20151010_165041

    20151010_171336

    Seramai 50 orang belia yang meminati sukan lasak telah mengambil bahagian dalam International Skate Competition and Extreme Sports sempena Hari Sukan Negara bertempat di Laman Ekstrim Pasir Gudang. Pertandingan berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang dan antara acara yang dipertandingkan adalah acara ‘skateboard’, ‘roller blade’ dan ‘bmx freestyle’.

    Majlis pemberian hadiah kepada pemenang telah disampaikan oleh En. Noor Azleen bin Ambros selaku Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang juga merupakan Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang, En. Shahrul Akmal bin Johari selaku Pengurus Yayasan Pasir Gudang, En. Mohd Hafiz bin Abdul Hamid selaku pegawai MPPG dan En Kimie selaku Organisasi Papan Selaju Johor.

    Aktiviti lasak yang dipertontonkan sangat professional selain pengalaman mereka dalam bidang sukan lasak yang begitu mendalam.

    Hasrat YAB Menteri Besar Johor juga selaku Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang menginginkan setiap belia di Pasir Gudang aktif dan kreatif kerana mereka merupakan pemacu masa depan negara.